Ainsyafinah

p/s : tak tahu nk post ape..sesajer buat renungan bersama.. :)
Ainsyafinah

Salam..

Gaya tajuk gempak cam artis nk buat comeback album je..hehe. Bezanye aku takde album la, setakat album gambar sekotak dua..ade la. Just nak kuarkan kenyataan gtu or dengan maksud tersiratnyer "AKU NAK KEMBALI BERBLOG" ..setelah berehat lame ( xde la rehat mane pun ), cuma menstabilkan keadaan jer.. yeah ! That's the word ! Hal ini demikian kerana , ( fuh ! ni bahasa time buat karangan SPM dulu ) aku telah pun memiliki broadband..Maka diharap keje2 on9 ini dapatlah berjalan dengan jayanya..sekian :)
Ainsyafinah
Salam,

Apa khabar semua ? Hopefully sentiasa sihat walafiat di bawah lindunganNya. Amin. Entri kali ni ringkas jer, juz nak bagitahu aku nak STOP KEJAP BLOGGING akibat beberapa kekangan..huhu. Internet lah problem utama, tambah komitmen lain lagi ( ceh, cm dah berkeluarga jer..haha )

Wassalam.
Ainsyafinah
Salam,

Huhu..Tension aku wireless tak dapat kat kolej! .. Sengal toi ! huhu..Argh, tak boleh hidup aku tak on9. Benci !! Benci !! ..huhu..tolong !!

Tapi nasib semua di dalam kawalan lagi. Naseb la setakat ni takde effect lagi kat study aku. Assignment DONE ! Background Reading before class DONE ! Alhamdulillah la..hehe

Takpelah..sabar,sabar, sabar. Kalo aku kaya dah ku belikan BROADBAND..huhu.

Wireless takde menyebabkan aku tak dapat upload gambar senam seni lagi..huhu. Hari sabtu ni, aku ade Workshop "Kenali Potensi Diri" dianjurkan oleh Azizan Osman. Teruja nyer nak pegi..Sape ade join ? Let me know k. Jumpa kt PWTC on 4th July..

Wassalam..
Ainsyafinah
Ni sebelum senaman..haruslah kiter bergambar :p
Salam,

Apa khabar semua ? Ada baik ka ? Hopefully everybody okey2 belaka yer :) Aku bukan blogging kosong, blogging ada makna..pewwiiitttt ;p

Hari sabtu bangun kul 5 pagi semata-mata kerana SENAM SENI. Bangun pukul 5 pagi turun ke lobi asrama untuk ambil t-shirt and topi. T-shirt dan topi ikut warna bendera Malaysia [ merah, putih, biru, kuning ] Lepas tu bersih diri bersiap untuk solat subuh, then around 6.15 bertolak ke Dataran Merdeka. Kolej aku hantar lebih kurang 200 orang penyertaan. Ada la lebih kurang 5 buah bas.

Sampai kat sana, kami diberi goodies bag. Ada dua bungkus roti gardenia, sebiji epal, sehelai towel and sebotol air mineral. Not bad ! hehe.. Then, kitorang pun masuk la padang ikut warna baju. Agak ramai jugaklah, lebih kurang 12,000 orang.. Maka bermula lah sesi senam seni !

Aku memang teruja kalo bab-bab tarian ni, haha..Semangat jer aku. Mula step ngan zapin, pastu berbagai-bagai la. Ada inang, joget, silat, tarian sumazau, tarian india..tapi dalam erti kata senaman la. Setiap step tu memang ada fungsi/ tujuan tertentu la. Lucu + teruja aku rasa. Sesi pertama selesai. Pastu break, ketibaan PM dan beberapa orang menteri kabinet. Pengacara tadi, Mahadzir Lokman. Lepas ucap2 gitu, senam seni semula. Kali ni menteri2 join la..hehe. Then, penutup sesi sejukkan badan,senam guna lagu patriotik..waaaaaa..hiih. Habis di situ..

So sementara menunggu bas, bergambar tahap tak hingat ler..layannnn.. ;p

* gambar nnti akan di upload lg !

Ainsyafinah
Salam,

cuti dua minggu aku dah habis, huhu..Apa aku dah buat selama dua minggu ni ? haha..yang pastinya memang tak de kena mengena ngan studies aku ;p

Aku dok mentelaah 6 buah novel, haha !!! Antaranya :-

1. Rooftop Rant
2. Kopi Susu Sepatu Biru
3. Cerita dari Hati
4. Sungguh Aku Cinta
5. Gelora Jiwa
6. Saat Cinta Bersemi

Wahaha..aku rasa macam nak buat ulasan pasal novel-novel ni, tapi macam malas pulak..tade sape heran pun, haha..so baik aku layan citer Nur Kasih ni, sementara wireless tengah bermaharajalela..hihi
Ainsyafinah
Salam..

Haila..lately, banyak benda berlaku tapi tak termuntah dek kata-kata. Kalau dekat kolej bolehla bagi alasan wireless problem, tapi kalau kat rumah alasan ape ? Tenggelam dengan kasih sayang la !!!..hehe. Aku cuti-cuti Malaysia dua minggu lepas habis exam ritu ari tuk 3 papers CAT.

Seriously, memang heaven duk kat rumah..pergh..even rumahku hanya teratak buruk nan usang jer, tapi besh tahap petala kelapan !!Macam-macam perangai..aihh, lagi-lagi si kecil Danial tak henti-henti berceloteh dari dalam kereta masa jemput aku hingga sampai rumah. Penat dowh dengar. Dia update segala macam cerita, haha..pasal Kak Yang yang beli ole-ole time bercuti, pasal dia hafal lagu Hot and Cold & Lucky. Maju adik aku sekarang even baru darjah 2.

Segala macam mende ni la buatkan novel yang selalu rekod aku baca satu hari satu malam dah habis, but now dah berapa hari Rooftop Rant tu tengah merangkak nak habis..sibuk buat itu ini.

Erm..memang Allah tu Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Moga Allah memberkati kami sekeluarga..Amin. Eternal happiness.